Tarikh: 30 April 2017 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: 285 Lorong K, Aulong Lama,
34000 Taiping, Perak
Kehadiran: 37 orang
1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat Penubuhan
Uthaya Sankar SB selaku pengerusi mesyuarat
mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghadiri mesyuarat penubuhan ini.
Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini untuk menubuhkan sebuah kelab
yang bertujuan memberi
pelbagai peluang pembangunan kapasiti (capacity
building) kepada masyarakat India di Daerah Larut dan Matang. Kelab ini
menumpukan kepada aspek kesedaran pendidikan, kebudayaan, pembangunan kapasiti,
mobiliti sosial dan integrasi nasional, dengan tumpuan khusus kepada penduduk
kaum India di Daerah Larut dan Matang, Perak. 
2. Meluluskan Nama dan Alamat Penubuhan
Mesyuarat membincangkan tentang nama
pertubuhan dan bersetuju sebulat suara dengan nama “Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan
Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak” dan alamat surat-menyurat di 285 Lorong K, Aulong Lama,
34000 Taiping, Perak.
3. Perlembagaan Pertubuhan
Mesyuarat berbincang tentang perlembagaan
pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan diluluskan oleh semua yang
hadir.
4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan
Ahli-ahli seperti berikut telah dipilih
secara sebulat suara:
            Pengerusi:
Surendran Govindasamy
            Timbalan
Pengerusi: Vanitha Murugan
            Setiausaha:
Uthaya Sankar SB
            Penolong
Setiausaha: Manivale K.
Arumugam
            Bendahari:
Mariamah P. Kumarasamy
            AJK
Biasa 1: Subramaniam Kerisnin
            AJK
Biasa 2: Arayee Supramaniam
            AJK
Biasa 3: Chitradevi P. Krishnan
            AJK
Biasa 4: Christiana Francis
            AJK
Biasa 5: Dhanam Muniretnam
            AJK
Biasa 6: Govila Kamalanathan
            AJK
Biasa 7: Jaya Arokiasamy
            AJK
Biasa 8: Jegavani Lengkan
            AJK
Biasa 9: Kalaivani K. Veloo
            AJK
Biasa 10: Letchimy Murukan
            AJK
Biasa 11: Loganathan Veloo
            AJK
Biasa 12: Magesuary Chrishnan
            AJK
Biasa 13: Mariayee Murugayah
            AJK
Biasa 14: Megala Naidu Krishnasamy
            AJK
Biasa 15: Nanthakumaran M. Kunnasakaran
            AJK
Biasa 16: Nermalah Singaram
            AJK
Biasa 17: Pushpah Arjunan
            AJK
Biasa 18: Shanmugarani P. Shanmugam
            AJK
Biasa 19: Vanitha Maniam
            AJK
Biasa 20: Vijayarani Palanisamy
5. Mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Mesyuarat bersetuju untuk mendaftarkan
pertubuhan ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Tugas
bagi pendaftaran ini secara dalam talian (online)
diserahkan kepada Setiausaha untuk menguruskannya. 
6. Membuka Akaun Bank
Mesyuarat bersetuju supaya akaun bank dibuka atas nama pertubuhan.
Tugas menguruskan pembukaan akaun di mana-mana bank yang sesuai diserahkan
kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Pembukaan akaun bank perlu
dilakukan segera selepas pendaftaran pertubuhan diluluskan oleh JPPM. Pengurusan
wang di bank, wang runcit di tangan, dan kuasa menandatangani cek adalah
mengikut peruntukan Perlembagaan Pertubuhan.
7. Penasihat dan Juruaudit
Mesyuarat turut membincangkan dan
bersetuju sebulat suara dengan lantikan ini untuk dilakukan selepas pendaftaran
pertubuhan diluluskan oleh JPPM.
            Penasihat
1: Datuk Murugan Alimuthu
            Penasihat
2: Adam Arokia Ammaradass
            Juruaudit
1: Lee Pook Moi
            Juruaudit
2: Anthony Michael Vereiya
8.  Mesyuarat ditamatkan pada jam 11:30 pagi.
[Nota:
Pendaftaran diluluskan oleh JPPM pada 16 Mei 2017]
 
