Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga
Kelab
Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti
dan
Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak
[PPM-007-08-16052017]
Sebahagian ahli berdaftar yang hadir |
Tarikh: 6 Februari 2019 (Rabu)
Masa: 4.30 petang
Tempat: 285 Lorong K, Aulong
Lama, 34000 Taiping, Perak
1. Ucapan
Pengerusi
Pengerusi
mesyuarat memaklumkan bahawa pemilihan jawatankuasa baharu akan dilakukan pada
kali ini, dan sepertimana dipersetujui sejak penubuhan Kelab, Surendran Govindasamy
(pengerusi) dan Uthaya Sankar SB (setiausaha) tidak akan mempertahankan jawatan
masing-masing.
2. Pengesahan jumlah kehadiran dan korum untuk meneruskan
mesyuarat
Berdasarkan
senarai terkini, jumlah ahli berdaftar Kelab adalah 16 orang dan 12 ahli
berdaftar telah hadir. Maka, korum adalah mencukupi untuk meneruskan mesyuarat
agung tahunan.
3. Pembentangan
Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kedua (11 Februari 2018)
Setiausaha
membentangkan minit mesyuarat dan dipersetujui oleh semua ahli yang hadir.
4. Laporan Aktiviti
Kelab Kesedaran (Januari – Disember 2018)
Seperti
biasa, Kelab Kesedaran terlibat bersama-sama Persatuan Kebajikan Masyarakat
India Aulong Lama (Sangam) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dalam
menjayakan Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama, Taiping, Perak.
Aktiviti
yang dikendalikan adalah Kem Keluarga Bahagia (13 Januari 2018), Permainan Tradisional Kaum India (10 Februari 2018), Program Memperkasakan Wanita dan Beliawanis (10, 11, 17 dan 18 Mac 2018), Penghayatan Seni dan Budaya Menerusi Aktiviti Bahasa dan
Sastera (5 Mei 2018), Kem
Kepimpinan Projek Komuniti Kavyan
(10 Jun 2018), dan Walkaton Merdeka (31 Ogos 2018).
5. Laporan
Kewangan (1 Januari – 31 Disember 2018)
Bendahari membentangkan perincian wang masuk dan keluar
sepanjang tahun. Para ahli bersetuju dan menerima pembentangan laporan itu.
6. Pemilihan
Jawatankuasa Kelab Kesedaran (2019 – 2020)
Peralihan kuasa kepada barisan jawatankuasa baharu berjalan
secara lancar kerana para ahli bersetuju sebulat suara dengan senarai nama-nama
yang dicadangkan bagi setiap jawatan. Tidak ada pertandingan berlaku. Senarai
jawatankuasa baharu adalah seperti berikut:
Pengerusi — M. Vanitha Murugan
Timbalan Pengerusi — Christiana Francis
Setiausaha — Magesuary Chrishnan
Penolong Setiausaha — Manju Subramaniam
Bendahari — Mariamah P.
Kumarasamy
Penolong Bendahari — Mathana Nagarajan
AJK Kecil 1 — Shanmugarani P.
Shanmugam
AJK Kecil 2 — Loganathan Veloo
AJK Kecil 3 — Anbarasi Thirupathi
Juru Audit — Jegavani Lengkan
Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju mengekalkan penasihat
kerana khidmat nasihat dan panduan daripada mereka amat diperlukan:
Dato’ Murugan Alimuthu
Encik Adam Arokia Ammaradass
7. Ucapan Pengerusi Baharu
Vanitha Murugan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih
atas keyakinan yang diletak oleh para ahli atas kepimpinannya. Beliau turut
mengucapkan terima kasih kepada pemimpin dahulu yang memberikan bimbingan dan
tunjuk ajar kepada barisan pelapis.
Vanitha Murugan memohon kerjasama barisan jawatankuasa
baharu supaya pelbagai program dapat dirancang dan dilaksanakan dengan penuh
jaya. Para ahli juga perlu menjalin hubungan dan komunikasi dua hala dengan
masyarakat supaya semua program yang dirancang dapat membawa manfaat
memperkasakan komuniti dan pembangunan kapasiti seperti diharapkan.
8. Membincangkan cadangan dan usul
Mesyuarat bersetuju supaya program besar diadakan dua bulan
sekali, manakala program mingguan pula adalah kelas Thevaram/Bhajan dan
Silambam. Program tambahan akan dirancang dan dikendalikan mengikut kesesuaian
dan seperti diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa yang diadakan tiga bulan
sekali.
9. Hal-hal
Berbangkit
Para
ahli meminta supaya Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Persatuan Kebajikan
Masyarakat India Aulong Lama (Sangam) terus terlibat dalam pelbagai program
komuniti secara kerjasama. Uthaya Sankar SB selaku presiden Kavyan, dan
Loganathan Veloo selaku setiausaha Sangam bersetuju untuk meneruskan kerjasama
itu.
10. Penangguhan
Mesyuarat
Mesyuarat
ditangguhkan pada 5.35 petang.