Tarikh: 1 September 2017 (Jumaat)
Masa: 5.00 petang
Tempat: 285 Lorong K, Aulong Lama, 34000
Taiping, Perak
1. Ucapan
Pengerusi
1.1 Pengerusi
mengalu-alukan para pegawai Kelab Kesedaran yang menyertai mesyuarat sulung ini
(17/01) serta mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan.
2. Pembentangan Draf
Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama
2.1 Setiausaha
membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama bertarikh 17 Jun 2017 untuk makluman para pegawai Kelab Kesedaran.
3. Pengesahan Ahli Baharu
3.1 Setiausaha
memaklumkan bahawa tidak ada sebarang permohonan baharu diterima.
4. Pembentangan
Laporan Kewangan
4.1 Bendahari membentangkan kedudukan kewangan Kelab Kesedaran
dari 18 Jun hingga 31 Ogos 2017.
5. Pembentangan
Laporan Aktiviti (Julai–Ogos 2017)
5.1 Vanitha
Murugan melaporkan bahawa pegawai Kelab Kesedaran terlibat dalam membantu
menjayakan Bengkel
Baca Cerpen Kavyan pada 15 Julai 2017. Beberapa ahli
Kelab Kesedaran serta anak-anak mereka turut menjadi peserta.
5.2 Mariamah P. Kumarasamy melaporkan bahawa pegawai Kelab
Kesedaran telah membantu menjayakan Program Memperkasakan Remaja pada 31 Ogos dan 1 September 2017. Anak-anak (remaja)
beberapa ahli Kelab Kesedaran juga menjadi peserta program ini.
6. Cadangan
Aktiviti (September 2017 – Februari 2018)
6.1 Mesyuarat
bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan),
Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam), Persatuan
Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah) dan sebagainya; jika
melibatkan program yang selaras objektif penubuhan Kelab Kesedaran.
6.2 Kerjasama
dengan pertubuhan lain akan membantu mengurangkan kos, menjimatkan tenaga, dan
sekali gus membantu pegawai Kelab Kesedaran menimba ilmu dan pengalaman.
6.3 Pegawai dan
ahli Kelab Kesedaran perlu digalakkan menyertai pelbagai program yang
berlangsung di Dewan Sangam, Aulong Lama. Misalnya Kelas Thevaram (Ahad), Kelas Malam (Isnin), Kelas Kolattam (Khamis), Permainan Badminton (Sabtu) dan Latihan Silambam (Sabtu). [Rujuk
di sini]
6.4 Mesyuarat bersetuju untuk terlibat sama menjayakan Kem
Bangga Komuniti di bawah Projek Komuniti Kavyan pada 3 & 4
November 2017. Beberapa pegawai Kelab Kesedaran akan terlibat sebagai Jawatankuasa
Pelaksana. Peluang ini boleh dimanfaatkan untuk menimba ilmu serta meningkatkan
kemahiran diri. Anak-anak (remaja) ahli Kelab Kesedaran perlu digalakkan
menjadi peserta, dan Kelab Kesedaran akan menampung yuran penyertaan mereka.
6.5 Para pegawai yang mempunyai sebarang cadangan lain diminta
mengemukakannya pada mesyuarat akan datang.
7. Hal-hal
Berbangkit
7.1 Tiada sebarang
hal-hal berbangkit untuk dibincangkan.
8. Penangguhan
Mesyuarat
8.1 Pengerusi
memaklumkan bahawa Mesyuarat Pegawai Kelab Kesedaran seterusnya (17/02) akan diadakan
pada Disember 2017. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.
8.2 Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 6:30 petang dengan ucapan terima kasih daripada
Pengerusi.
[Laporan ini bertarikh 6 September 2017]