Tarikh: 17 Jun 2017 (Sabtu)
Masa: 6.00 petang
Kehadiran: 26 orang
1. Ucapan
Pengerusi
1.1 Surendran Govindasamy selaku Pengerusi mengalu-alukan
para ahli Kelab yang menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Pertama serta mengucapkan
terima kasih atas komitmen yang diberikan.
1.2 Pengerusi memaklumkan
bahawa pendaftaran “Kelab
Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut
dan Matang, Perak” sudah diluluskan oleh
Pendaftar Pertubuhan pada 16 Mei 2017.
1.3 Salinan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS), Sijil
Pendaftaran, dan Perlembagaan Kelab diletakkan di tempat urusan Kelab untuk
rujukan.
2. Pembentangan
Minit Mesyuarat Penubuhan
2.1 Uthaya Sankar SB selaku Setiausaha
membentangkan minit mesyuarat penubuhan bertarikh 30
April 2017.
2.2 Minit mesyuarat
berkenaan disahkan oleh semua yang hadir.
3. Pemilihan Ahli
Jawatankuasa (Pegawai), Penasihat dan Juruaudit
3.1 Memandangkan beberapa individu yang menghadiri
Mesyuarat Penubuhan (30 April 2017) dan dimasukkan sebagai AJK Penaja tidak
lagi menjadi ahli Kelab, maka pemilihan pegawai Kelab dilakukan semula.
3.2 Senarai
Pegawai Kelab adalah seperti berikut:
Pengerusi:
Surendran Govindasamy
Timbalan
Pengerusi: Vanitha Murugan
Setiausaha:
Uthaya Sankar SB
Penolong
Setiausaha: Manivale K. Arumugam
Bendahari:
Mariamah P. Kumarasamy
AJK
Biasa 1: Subramaniam Kerisnin
AJK
Biasa 2: Arayee Supramaniam
AJK
Biasa 3: Chitradevi P. Krishnan
AJK
Biasa 4: Christiana Francis
AJK
Biasa 5: Govila Kamalanathan
AJK
Biasa 6: Jaya Arokiasamy
AJK
Biasa 7: Jegavani Lengkan
AJK
Biasa 8: Kalaivani K. Veloo
AJK
Biasa 9: Letchimy Murukan
AJK
Biasa 10: Loganathan Veloo
AJK
Biasa 11: Magesuary Chrishnan
AJK
Biasa 12: Megala Naidu Krishnasamy
AJK
Biasa 13: Nanthakumaran M. Kunnasakaran
AJK
Biasa 14: Nermalah Singaram
AJK
Biasa 15: Shanmugarani P. Shanmugam
AJK
Biasa 16: Vanitha Maniam
3.3 Mesyuarat
bersetuju sebulat suara melantik dua ahli berikut sebagai Juruaudit mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Kelab:
Juruaudit
1: Lee Pook Moi
Juruaudit
2: Anthony Michael Vereiya
3.4 Mesyuarat
juga bersetuju sebulat suara melantik dua individu berikut sebagai Penasihat
Kelab mengikut peruntukan Perlembagaan Kelab:
Penasihat
1: Datuk Murugan Alimuthu
Penasihat
2: Adam Arokia Ammaradass
4. Laporan
Kewangan
4.1 Mariamah P. Kumarasamy selaku Bendahari
memaklumkan bahawa memandangkan ini adalah Mesyuarat Agung Tahunan Pertama,
maka penyata kewangan tidak perlu diaudit dan tidak perlu dimasukkan dalam sistem eroses.
4.4 Penyata Kewangan yang diaudit akan dibentang pada
Mesyuarat Agung Tahunan Kedua pada tahun 2018.
5. Membuka Akaun
Bank
5.1 Para ahli yang menghadiri
mesyuarat bersetuju supaya akaun bank dibuka atas nama Kelab.
5.2 Tugas menguruskan pembukaan
akaun di mana-mana bank yang sesuai diserahkan kepada Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari.
5.3 Pengurusan wang di bank,
wang runcit di tangan, dan kuasa menandatangani cek adalah mengikut peruntukan
Perlembagaan Kelab.
6. Aktiviti Kelab
6.1 Aktiviti
yang dijalankan oleh Kelab perlulah selaras matlamat yang termaktub dalam
Perlembagaan Kelab.
6.2 Para ahli
bersetuju supaya Kelab turut terlibat dalam Projek
Komuniti Kavyan anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Persatuan
Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama (Sangam) dan Persatuan Pembangunan
Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah) di Aulong Lama, Taiping, Perak.
7. Hal-hal
Berbangkit
7.1 Mesyuarat
membincangkan hal-hal lain yang tidak termasuk dalam agenda di atas, tetapi
dirasakan perlu dibincangkan segera. Bagaimanapun, tiada sebarang hal-hal
berbangkit untuk dibincangkan.
8. Penangguhan
Mesyuarat
8.1 Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 7:30 malam dengan ucapan terima kasih daripada
Pengerusi.